Monday, December 5, 2011

P E R M U L A A N

melewati kehidupan sebenar di padang baru bukanlah satu perkara yg mudah apatah lagi ditanah berkat yang  mulia ini . Banyak lagi dinding yang perlu aku pecahkan . Benar kata orang , datang  mesir memang kena berani .  kerenah orangnya sukar untuk kita teka , kadang kalanya panas , kadangkalanya sejuk . mahu ini lain baginya , mahu itu lain baginya. 


sebahagian dari cabang jalan-jalan di bumi anbiya'


kalau hendak dibandingkan dengan tanah air sendiri , berbeza sekali keadaannya disini .senarionya berbeza , pergaulannya rakyatnya , kelainan adat budaya-nya ,kelakuan orangnya kadang2 membuatkan kita menjadi buntu untuk bertindak ,mungkin kerana belum biasa agaknya . bagaimanapun  , tujuan asal perlu aku titikberatkan  kerana itulah tanggungjawab dan hadaf sebenar . insya allah ,semoga terus diberi oleh-Nya kekuatan dalam menuai padi ilmu

kesibukan jalan-jalan yang tiada hentinya

 pengalaman di negara sebegini ingin aku kongsikan, insyaallah . Permata ilmu yang  dimilikinya bukan sekadar ada ,malah melengkapi semuanya . Hal ini sangat bertepatan dengan firman Allah S.W.T melalui surah Al-baqarah  dari ayat 61 yang berbunyi :

                                                              اهْبِطُوا مِصْرًا فَإِنَّ لَكُمْ مَا سَأَلْتُمْ

yang bermaksud " pergilah kamu kota ini (mesir) ,dan kamu akan dapat apa yang kamu minta ". Ayat ini cuba menerangkan kepada kita tentang keistimewaan dan rahsia yang terdapat dlam negeri ini seperti  kekayaan ilmu-ilmu islam yg terdapat didalamnya , sejarah tentang sirah Nabi Musa Alaihissalam  dalam menentang keangkuhan Firaun menerima islam. Dan juga kisah yang berkisar tentang kehidupan  Nabi Yusof Alaihissalam di mesir , dan pelbagai lagi kisah2 menarik yang berkaitan dengan negeri yg penuh istimewa ini . Sehinggakan Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah bertapak di bumi ini
Pandangan dari atas teratak penulis  (hayyu sabi')
kehidupan di mesir ini penuh dengan lopak ujian , ibtilak (dugaan) yang mendatang bukanlah melunturkan semangat dalam mencari permata ilmu ,malah terus menanam benih kesungguhan tanpa mengenal erti putus asa itu sendiri . Tanah berkat yang didiami ribuan para auliya ini sentiasa berlapang dada dan terbuka memanggil manusia terus datang mencari ilmu. Sesetengahnya yang datang hampir terlupa dengan tujuan dan tindakan  sebenar ,akhirnya terus leka dalam sungai alpa ,bahkan sudah tidak lagi larat  membendung sifat malas yang sudah sekian lama tumbuh subur di benak hati . Lantaran itu, kehidupan sebagai seorang pelajar di bumi kinanah  ini bukanlah satu perkara yang mudah ,kehidupan yang mana sentiasa memerlukan sifat kesungguhan dan pengorbanan yang tinggi .Sifat-sifat seperti ini haruslah disemat di setiap hati penuntut ilmu . 

0 comments:

Post a Comment